Quantcast
Channel: Eleena Yasmin Shaharudin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 130

Pantomim #Part2

$
0
0

Assalamualaikum.

Dan hari Khamis pun datang. Malam Khamis (Rabu) semua budak pantomim ws dalam gp bagi kata kata semangat, cakap nervous. Pagi Khamis tu hujan lebat dan sepatutnya ada aerobobik. Jadi macam biasalah, kalau hujan selalu pi dengan abang dan akan jadi orang pertama dalam geng sebab datang awal dan rasa macam awkward potato sangat. Lepas dah ada kawan baru pi dewan. Pagi tu lapar sangat jadi pi kantin beli karipap. First time dalam hidup beli makanan dekat kantin waktu pagi. Dah habis makan, nampak ramai cikgu datang dewan dan sedia kan dewan untuk aerobik. 
BFFUID pendek pendek jadi kami tak berapa nak nampak instructor even duduk depan sekali dan kamilah yang paling semangat. Kalau kami tak nampak, kami akan cucuk langit dan menari macam macam. Dan berpeluh peluh. Ya kami lah manusia paling happy dekat situ dan hyper. BFFUID ada dengan kak Liya dan kak Intan Syazwani. Kami pegang tangan, buat bentuk bulatan dan menari, berpusing. Ya, ramai orang tengok kami pelik, tak kisah pun. Hahahaha kami bahagia. 

Lepas aerobik, kami naik kelas dan buat budaya tutup sekolah. Ynag budak pantomim sibuk yang amat. Kami duduk dalam surau, practice, sembang, main dan sebagainya. Dalam pukul 12 macam tu, kami tukar baju untuk pantomim. Rasa tak selesa sebab peluh, lepastu tukar pula baju. Jadi kami pakai bedak banyak banyak. Sebab tak pernah pakai kain batik kat atas kepala, asyik betulkan saja --

Lepastu, saya suruh Shahrul Amir tolong recordkan sebab kalau rindu boleh tengok (cliche sangat) ramai orang minta video dekat ws dan ramai puji. Terima kasih sangat sangat. Tapi Amir pass dekat Aen sebab dia ada perfomance sebelum kami berlakon. Waktu tunggu Amir and the geng nyanyi, cikgu Syikin snap gambar dengan kami.


Dan masa dia dah tiba, Gha kata, 'Namin cuba pegang dada aku. Laju gila.' Memang laju -- lepastu Alia pun sama, 'Namin, kami nervous, pegang dada kami.' suruh depa cool down dulu sebab berlakon ja, tak dak suara pun hahaha. Takut tu ada, sebab takut tak lancar, tapi kena postive juga. Alhamdulillah, lancar.


"Suasana tenang di kampung, bunyi burung berkicauan. Orang orang kampung mempunyai aktiviti tersendiri. Ada yang basuh baju, mengayak beras, bermain congkak bersama kawan dan anak, lelaki mengacau budak perempuan dan macam macam. Tiba tiba, terdengar siren kuat dan membuat orang kampung semua tertanya tanya. Bunyi bom dan senapang bertubi tubi dari askar jepun dan orang kampung ada yang sempat berlari dan tidak. Sayangnya, lelaki tadi tewas dalam peperangan. Kemudian, ada askar melayu yang datang untuk menyelamatkan orang kampung. Askar jepun semua mati dan juga termasuk askar melayu. Orang orang kampung yang berlari tadi, bertafakur. Suasana menjadi sayu. Dan kemudian, askar melayu mengambil keranda dan berjalan sambil didendangkan sajak oleh Alissa, Dan tamat."

Waktu turun tu, rasa puas dan hilang segala bebanan sebab dah selesai dan boleh fokus benda lain pula.



Kami balik surau beramai ramai dan terdengar nama yang menang untuk pertandingan kelas. Kalas kami menang. Tahniah 4 sains 2 untuk hiasan kelas bertemakan kemerdekaan. Bak kata catwalk, "kipidap gais" (mesti lepas ni dia marah aku lagi sebab ada nama dia) dan tahniah untuk sapa yang masuk pertandingan mural. 



Tahniah untuk diri sendiri dan semua orang yang terlibat. Special thanks to semua cikgu dan students yang sanggup stayback penat penat, perselisihan faham dan sebagainya. We did it! (nyanyi lagu dora). Jadi ni tagline masa dengan UNIKL tahun lepas. G double O D J O B, good job, good job, good job!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 130