Quantcast
Channel: Eleena Yasmin Shaharudin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 130

#PTSB

$
0
0
Assalamualaikum.

Pi Politeknik pun nak update. Hahahahaha. Sebenarnya banyak benda yang terjadi. Tu yang nak update.

Hari Isnin, cikgu Hairul masuk dan tanya kelas kami dan 4T berapa orang. Lepastu waktu rehat budak 4T kata, 'Kita esok tak dak dekat sekolah.' Dan budak budak kelas saya dan depa seronok. Dan saya cakap, 'jangan seronok sangat, tengok tengok pi UNIKL atau poli ja.' Dan ya, pi poli, hahaha sikit. 

Pagi Selasa kami tunggu dan ramai orang tanya nak pi mana. Kami hanya mampu menipu dengan menjawab USM hahaha. Cikgu Hairul cakap bas pukul 7.45 sampai. Jadi kami semua pi tunggu luar sekolah. Dari pukul 7.30 sampai 8.30. Ada yang duduk tepi jalan, tempat parking moto, selfie (sapa tu) makan, nyanyi dan blablabla. Orang yang lalu tengok kami pelik ja. Macam budak ponteng. Dan kami macam, 'entah entah kita kena tipu' waktu tengah tunggu bas, ada bas dari jauh datang, dan nad jerit 'bas dah datang!' semua yang duk tunggu, bangun, dan rupanya bas pergigian -- Nad pakai spek pun tak nampak XD


Waktu bas poli dah sampai, kami macam wow besarnya hahahahahaha. Kecil dan sempit kot. Ya Allah, cikgu Hairul cakap, kenangan yang tak dapat dilupakan. Kena duduk himpit bagai.


Cikgu Hairul the best lah walaupun baru lagi. Serious best. Tagline dia 'tak senonoh' hahahaha. Waktu sampai, kami ingat kami last, rupanya kami orang yang first sekali dan kami tak tau nak buat apa, dan kami selfie. Ya memang, selalu selfie. 


Dan ramai pula sekolah yang datang. Kami mula berlakon sopan kecuali budak lelaki. kacau budak perempuan sekolah lain. Dia cuma bagi taklimat nak masuk poli. Tu ja.


Dalam pukul 12 macam dah habis taklimat dan emm student dekat situ bawa kami tawaf satu poli tengah panas yang tak dak kipas. Sampai demam Nad. 
Kami pi banyak tempat. Tapi tak tau nama. Tak minat dengan benda macam ni sama, sebab tu rasa macam biasa ja jalan jalan. Tapi paling best bidang agro apa tah yang main tanah tu. Ukur tanah. 

Kami gelar dia kakak tanah yang comel lagi baik hahahaha

Lepastu kami pi mana tah. Jumpa kak Intan dan kami jerit dan kami peluk dan salam dia. Hahaha lepastu kami pi tempat jual jual dia apa semua tu dan kami pi dewan pameran. 1.30 kena ada dalam dewan. Waktu tu kami makan, cikgu kata boleh pi cafe. Tapi cafe dia masya Allah, jauh yang amat, dahlah situ banyak tangga. Tak larat. Jadi kami ambil keputusan untuk makan dalam dewan sebab kami dah bawa bekal.


Kami kebulur yang amat. Muka semua tak larat. Merungut dan sebagainya. Nak beli makanan dekat tempat tu segan, sebab ramai sangat lelaki. Tau nak terik perhatian, tapi tak perlu jerit kuat kuat macam kami tak dengar --

Lepas makan dalam dewan, Aina dengan Alia panggil kami suruh beratur tepi dewan sebab nak balik dah. Alhamdulillah, bersyukur yang amat. Hahahaha. Bukan tak best, cuma tak minat pasal bidang bidang macam ni.

(4s2 dengan 4t sentiasa bersama sama)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 130