Quantcast
Channel: Eleena Yasmin Shaharudin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 130

Pantomim.

$
0
0

Assalamualaikum.

Sebelum nak cerita hari hari yang kami practice untuk pantomim, mai nak defines dulu maksud dia. (Guna google ja) 

"Pantomim adalah satu persembahan (drama) yang dilakonkan oleh pelakon tanpa suara. Pelakon hanya menggunakan gerakan tubuh dan mimik wajah sebagai dialog."

Tapi kan, ni tak lah macam pantomim, tapi dia macam pantomim lah. Kami gunakan music sebagai ganti dialog. Jujur, penat dia, Allah ja yang tau *fake smile ciked*

- Before the pantomim

Tak ingat bila, waktu tu dari surau nak naik kelas, catwalk terserempak dengan ticer Chandra dan kami membiarkan mereka berbicara. Waktu minum air, catwalk naik atas kelas dengan penatnya dan buat announcement. (*clap clap* Ticer Chandra cakap, dia nak kita masuk pent apa tah, susah nak sebut sempena penutupan bulan kemerdekaan. Kelas kita combine dengan kelas 4s1. Untuk kelas kita, aku ketua, untuk kelas sebelah pula, Bella ketua. Ada sapa sapa nak masuk dak?) Dan ramai yang tak nak masuk termasuk Nad, and I was like ... Nad jomlah masuk. Dan dia tetap dengan keputusan dia. Alhamdullilah, tak tau lah macam mana dia ubah fikiran dia, dia masuk juga.

- First meeting

First meeting dekat perhimpunan lepas rehat. Ticer Chandra explain semua semua tu, ambil sebahagian students 4t. 4eko1 dan 4eko2. Lepas agihkan watak dan perwatakan dan jalan cerita, kami naik kelas macam biasa.

- First day practice

Semua pelakon ada, jadi kami mulakan cerita dan cikgu Rohmah datang tengok. Dia suruh kami stop berlakon dan panggil beberapa pelakon dan jalan cerita diubah. Waktu sembang dengan Nad (tidur atas bahu Gha sebenarnya, tak sembang pun) Alia panggil dan kata, 'Cikgu Rohmah nak orang yang reti edit music, kami panggil Namin.' Dengar lah cikgu Rohmah, cikgu Wan, cikgu Syikin dengan ticer Chandra cakap pasal jalan cerita. Dari panjang, tinggal pendek. Lepastu kami buat bulatan, dan ya, ada rombakan watak. Dan azan, dan kami balik -.-

- Second day practice

Sebelum hari kedua ni, hari Sabtu dan ramai yang tak dak sebab depa baru balik dari Alor Setar. Kami practice tanpa depa, dan ada music. Semua cikgu sejarah ada kelas latih tubi haritu, dan cikgu Rohmah turun dekat perhimpunan dan tengok kami berlakon. Dia suruh stop dan ubah sikit jalan cerita. Dan kami practice lagi dan lagi dan balik.


- Third day practice

Hari sebelum tu hari Isnin, sepatutnya berlatih tapi hujan lebat dan tak dak sapa yang datang. Hari selasa hari yang paling memenatkan. Kami yang pantomim tak tau nak pi yang mana sebab pukul 12, ada ceramah. Cikgu Hasni yang buat ceramah tu. Kami nak pi ceramah tu. Then cikgu Hasni cakap, yang ceramah tu untuk kelas kelas yang tak dak cikgu. Rehearsal pukul 12, sebelum pi dewan, pi bilik guru sebab nak pinjam laptop cikgu untuk audio, guna pendrive saya. Mula mula pi dekat cikgu Wan, lepastu ada, tapi tak dak sound, pi dekat komputer pula, ada juga, tapi tak dak sound, letak pendrive dekat laptop cikgu Rosaini pula, hilang semua. Dah mula gabra sebab dalam tu ada folio akaun. Pi dekat dewan sebab semua cikgu dah ada dekat situ. Saya dengan nad kena marah dengan ticer sebab datang lambat, kesian dekat nad lah sebab dia ikut, dia kena marah. Takpalah, benda dah jadi. Lepastu pi dekat cikgu syikin, dalam laptop cikgu pun tak dak, memang gelabah. Lepastu cikgu man kata, dalam laptop memang tak dak, pendrive ada lagi. Lega lah dengar. Minta laptop kat cikgu mizi pula, sebab haritu boleh, tapi tak boleh. Ulang alik sampai tak duduk, kesian dekat nad sebab berlakon sorang. Lepastu pukul 2, balik dengan cikgu wan, balik rumah dia dan balik rumah saya. Transfer balik dalam pendrive. Memang penat dia haritu, tak terkata sampai nad cakap mata tak cukup tidur. Lepas dapat lagu dan practice, ada lagu yang pendek dan tak sesuai. Kena ubah lain, nasib sempat sebab Rabu tu cuti. Khamis nak kena present dah.



Banyak skip hari practice sebab ada yang tak perlu sangat pun. Jadi next entry, saya cerita pula hari yang kami present tu *peace emoji*

Viewing all articles
Browse latest Browse all 130