Quantcast
Channel: Eleena Yasmin Shaharudin
Viewing all 130 articles
Browse latest View live

Kak Wani sayang ♥

$
0
0
Assalamualaikum.

Namin update 13/3 lagi tau, sebab excited sangat. Happy birthday kak Wani yang ke 18. Dah tua. Yeay. Dah besar kan? Jadi anak yang solehah, buat perangai elok2 sikit, rajin2 pergi kenduri. Tahun ni takdak hadiah tau sebab tahun lepas Namin dah nyanyi untuk kak Wani. Hahaha. As I said, Namin bagi kasih sayang untuk kak Wani. Kak Wani selalu kuatkan semangat Namin, chat dengan Namin malam2, ceriakan hari2 Namin, dengar masalah Namin lepastu buat lawak. suka perasan comel, terima kasih sebab bagi banyak buku rujukan dekat Namin. Lepasni Namin nak mengadu dekat senior mana dah. Kak Wani nak masuk U dah pun, mesti busy. Pendek macam tu jugak. Tapi takpa, kak Wani pendek pun Namin tetap sayang kak Wani. Terima kasih untuk segalanya kak Wani. You're my fav senior and you're the best. Namin sayang gila dekat kak Wani yang suka typo. Sayang, sayang, sayang *lap air mata*


Kak Wani turns 18 already. Yeay!

My baengong ♥

$
0
0
Assalamualaikum.

23rd March, 12 am and yes! It have been 2 years already. Happy birthday bffuid yang paling femes. For those that have been read my blog, they know about bffuid because every time we have an event or something, I'll post it in my blog. We've been through all together. But we're still childish as usual. We knows that its hard to keep this friendship by reason of there's a lot of person that inhibit one of us to stay in this group. As the example, waktu kita form 2, there's a girl that want to take out me from bffuid. Then, ada kawan Fina yang create geng bbfuid. We don't know what it is stand for, but for Nad, she said that, bbfuid means (Best Bangang Friends Until I Die) She want to take out Fina from this group, and I was like, 'pisau mana pisau?'

BFFUID ada waktu down / happy, sakit / sihat, lapar / kenyang, susah / senang, gila / normal, bodoh / pandai. We'll fix the defects that we have, achieve our dreams all together. Ignore the person who is trying to destroy our friendship. If one of bffuid have problems, don't share it to the other, please take the advice that bffuid give. That's all from me. Hee. Actually ada banyak lagi gambar, gambar bffuid saja ada beribu2.

Ouh ya! For those yang ada instagram, follow our group acc : bffuid.10

And siapa yang nak tahu cerita bffuid klik sini dan klik sini



28 / 3 / 2015

$
0
0
Assalamualaikum.

I almost forgot that I have blog since I was so busy with a lot of activities that I have to do. My life was so complex and pack. I was active with another media social like wechat, whatsapp and instagram. Follow my ig okay : _namin *flip shawl*

So lets back to the story.


Regret pulak update lambat sebab lupa tarikh. As usual, bffuid ni suka sangat having a party. Selalu buat dekat rumah Nad. Tapi kami buat dekat padang rumah Gha memandangkan dekat dan kami jalan bersama2. On the way, kami bawak macam orang nak pi picnic -..- ada bakul, air, kotak letak creampuff, beg, tikar semua tu *Im laugh right now* nak kena tunggu si janji melayu, Ana lagi. Waktu tunggu dia, semua orang tengok dan ada van berhenti. Pfftt. Kami macam, emm okay dia nak buat apa. Ada makcik turun dari van tu dan kami oh okay. Selalunya ayat yang bffuid keluarkan bila orang tengok kami pelik, 'Aku dah bunuh kesayangan dia.''Aku dah bunuh 100 orang tadi.'


So then, trust me, nampak macam sikit gila makanan, tapi kenyang -..- so we have sandwiches from ibu Farah, creampuff from my sis and mee mama Nad. Malam before party, mesti discuss macam2 and i request to Nad, 'Nad, suruh mak hang buat mee banyak2 dan pedas sampai Zaf tak boleh makan.' Kahhh! Bffuid ramai tak boleh makan. And I was like, tak pedas mana pun. Tambah pula air gas dan semua macam, pfftt. No wonder Fina diam ja waktu makan -..- okay my fault.





My pretty and gorgeous and fav person, Fina ♥


My bae ... ngong. I really love you Pea ♥




I don't mind and I don't care if i don't have a boyfriend because i have them and of course my family. Much love, hee. ♥

Haritu buat ujian lisan cerita pasal family dengan bffuid dan cikgu nampak excited okay. Baru perasan, tak selfie dengan Gha si kening T_T 

What did I learn?

$
0
0

Assalamualaikum.

So then, dah berapa bulan dah kem pengawas habis, baru nak update? Esok ada cerita pasal kem. Okay? Okay, so what did I learn from this camp?

"Cooperation" 

Waktu jungle trekking, Aina banyak tolong. Tolong pegangkan botol air, tolong hulurkan tangan dia, tolong bagi kata2 semangat. Kaki terseliuh, kak Nadia dengan kak Wahida tolong papahkan. Waktu nak buat aktiviti, budak2 junior tolong support dari belakang. Tidur dengan satu bantal, ada budak perempuan india tolong letakkan bawah kepala. Banyak lagi cerita. Tapi dekat sini, Namin nak cakap terima kasih banyak2 sapa yang tolong support. Yang budak india tu, thank you even I don't know who you are, that time, I can't open my eyes because im very sleepy. Thank you for everything. And I'm really, really appreciate it.


Im really2 love all of you. Thank you :'---)

All photos credit to : cikgu Man. Heee.

First day ✌

$
0
0
Assalamualaikum.

"Seperti mana yang kita tau, bulan 5 ja kem pengawas kan?"-Ticer Sal

Kali ni kem dekat PLKN Bukit Besar, Kulim. Dekat jepp. Tak sempat nak tidur. Pfftt. Okay. Tempat dia kali ni tak macam kem, comfort yang amat. Even bukit dia macam emm, susah nak describe, rasa macam nak tercabut lutut T_T dewan makan, dewan dengan tempat aktiviti duduk bawah bukit nuhhh, Lepas makan kena naik bukit. Kali ni serius bersyukur gila sebab depa tak set masa kena siap berapa minit. View dia, YA ALLAH, cantik. So then, bila dah sampai, kena letak beg dalam van dan driver yang tolong bawakkan naik atas bukit. 


Lepas dah naik bukit, tuan tu tunjukkan tempat2 macam surau, dorm lelaki & perempuan. Tempat aktiviti. Then, lepas kemas2, pilih katil and so on, masuk dewan, untuk ceramah, then kena turun bukit untuk makan petang. Lepastu, kami ada kembara berhalangan. Semua ada 9. Tapi cuma buat 8 ja. 


Waktu nak buat aktiviti2 ni budak2 junior tolong support kat belakang, "Kak Namin boleh!" And I was like, ya adik2, kak Namin boleh buat tapi jangan jerit macam tu, kak Namin lagi takut tau dak --' tapi terima kasih yang bagi support tu. Lepas buat aktiviti ni, balik dorm ready untuk solat maghrib dan baca yasin sebelum solat isyak. Malam tu hujan renyai2 and it supposed to be night walk. 


Bila hujan dah berhenti sikit, kami turun bukit, minum and makan sikit then duduk dekat dewan. Then, hujan balik. Ticer Sal kata, kalau hujan, malam tu kami ada motivation dan malam seterusnya kena ada jugak night walk. Then kami dengar ceramah sikit dari cikgu Mazlan, cikgu Ramani & coach kat situ. First time pi kem, coach tak kenalkan diri. Then, dalam pukul 11 maybe, tak ingat, kami naik bukit, kumpul depan dorm laki, berbaris dan buat kumpulan. 

Jadi, coach tu bagi taklimat sikit pasal night walk semua tu. Coach tu kata kena tunggu kumpulan demi kumpulan datang tempat asal yang kami kumpul. The problem is, kumpulan satu tak sampai2. Kami kebosanan kot duk situ tunggu --" lepastu kumpulan sekali dengan Qelah, Akhyar, Raga, Namie, Arivu dengan Kimal and the rest budak2 junior. Sembang kencang dengan depa sambil buat bulatan. Akhyar nyanyi lagu "berakhirlah sudah" tapi dia tak ingat lirik --" ramai gak ahh mai kumpulan kami, sembang.

And tibalah masa. kahkahkah. Akhyar as a group leader supposed to guide us tapi disebabkan laki ada 5 orang, sorang jaga depan, belakang and tepi. Bila dah sampai dekat coach. Coach tu suruh sembang2 dulu, Arivu yang sembang kata nak jalan sorang, bila coach tu suruh jalan sorang dia tak nak -..- Lepastu Akhyar kena jalan sorang. "Saya nak jalan dengan Eleena." Ouch! Raga ni baiklah. hahahaha. Tapi tak --" depa suruh jalan dgn Izwa. 

So, waktu jalan tu, kata dekat Izwa, 'Kita baca surah apa2 ja lah eh' dan Izwa balas, 'okay kak Namin.' Mulut kami dua baca macam2 surah, takut? Kah! Tipulah kalau kata dak --" Tengah jalan, tiba2 nampak warna putih tengah duduk cangkung, lalu dia berkata, 'Ni kumpulan berapa?' Okay, tu orang, jalan2 lagi nampak ada org baring, nak pijak tapi Izwa kata, ' kak Namin, tu orang, jalan tepi sikit,' Ouh ya ka XD Bila dah sampai tu, semua budak laki pakat baring, kami yang dah sampai ni cerita mcm2. Namie dah sampai, dia cakap, ' hampa perasan dak?' Kumpulan lain jalan satu group, kita jalan sorang2, sebab kita takdak kerjasama. Akhyarlah tak nak jalan depan.' Akhyar cerita, dari tak ingat lirik, dia ingat semua balik sebab dia jalan sorang xD 



Malam tu, semua suruh ambil wudhuk waktu nak tidur, sebab takut jadi apa2 T_T Then, catwalk and the geng combine katil jadi 6. Rajin betul depa. Then bila dah nak masuk mimpi tu, dengar suara cikgu, Ticer Sal dgn Cikgu Adilah masuk. Ticer Sal kata perlahan, 'Eleena Yasmin pun dah tidur.' Ticer pi dekat geng2 catwalk, ticer kata, 'Namin dah tidur, hampa tak tidur lagi.' Lalu saya pun mengambil bantal dan tutup muka. Waktu dah tidur, bantal satu ja, jadi tidur atas katil, ada budak tu, tak tau sapa, ambil bantal dia, letak bawah kepala saya. Aaaaa! Terima kasih banyak2 T_T

The next day ...

Second day ~

$
0
0

Assalamualaikum.

Geng2 catwalk bawak jam, dan depa set time bangun solat subuh and so on, lepas solat, kami duduk dalam dorm, makan2 sikit dengang geng2 catwalk, lepastu pi depan dorm lelaki, gathered, buat senaman, jalan pusing satu bukit tu. Tak tau jalan apa --" tapi tenang ja rasa ~


Dah habis jalan, bahagi kumpulan, buat exercise ikut group sendiri, tempat lain2. Lepas habis exercise makan. Lepas makan, kumpul dekat dewan, dengar pasal jungle trekking, then bermulalah aktiviti tu. 


Jungle macam biasa ja lah. Okay --" lepastu berehat dekat mana tah. Dekat rumah dengan sekolah, dapat tengok bukit tu tau. Bukit tu pelik, ada orang tebang pokok. Jadi tak cantik. Pelik. Jadi dekat bukit tu lah kami rehat. Then sambung jalan lagi, dan tetiba ... kaki tergeliat T_T salah pijak apa tah, pastu krem. Ya Allah, rasa dia macam nak nangis kat situ tau. Tapi disebabkan ada ramai pulak budak laki yang jaga, buat kuat lah kan. Coach tu suruh lawan, tapi coach, kaki saya tak pernah krem, tu first time kot T_T Okay, jalan2 lagi dipapah oleh kak Nadia, sampai dekat dewan makan. Dan hari Jumaat kan, budak laki solat, kami mandi, tidur, solat, ada ceramah sikit dengan cikgu Zahilah (kauselor). Kami cakap pasal hal2 perempuan sikit. Ya, admire her. Hiks.

Lepastu petang tu ada kayak. Yeay. Tu yang duk tunggu2. Waktu di bagi taklimat tu, dengar nak tak nak ja XD Bila dah sampai turn, nervous gila iolsss. Nasib ticer Sal tolong betulkan. Before naik tu, dah plan dengan Aina apa yang patut kami buat, kalau kiri cakap 1, kalau kanan cakap 2, tapi sampai kat tengah tasik tu, kami lupa --" Suruh guna kiri dengan kanan ja, tapi Aina kata dia lupa kiri dengan kanan. hahahahaha. So selamat jugaklah. Nasib tak jatuh basah ja waktu bangun.


Lepas habis ni, hujan. Then, kami semua duduk dalam dewan. Naik bukit time tu kilat, dan naik bukit kan, kilat dekat ja rasa, pegang tangan Wawa, lepastu ... tak ingat --" In short, malam lepas solat isyak, ada ceramah from emm tak kenal sapa. Mengantuk dia tu, susah betul nak describe hahahaha. Ramai letak kepala atas kerusi kawan kat depan. Dengar ja lah. Nasib ada keropok yang ticer Latha bagi dekat kami sebab kami puji dia cantik XD Lepas habis ceramah, kami minum dan ada kuih sikit. Tapi sebab mengantuk, tak makan dan tak minum. Naik atas bukit, Masuk dalam dorm, pi bilik air, ambek wudhuk, tidur.

And the last day ...

Last day ...

$
0
0
Assalamualaikum

Jadi rutin harian pagi macam biasa. Cuma tak jalan macam hari Jumaat haritu. Buat senaman depan dewan. 


Lepas tu, pergi makan, then pi dewan ada taklimat pasal flying fox. Aaaaa, memang fall in love hahahaha. Sebelum buat tu, lepak dengan geng2 Namie. Mengutuk orang kuat betul depa ni --" dah habis buat, kami (geng2 Aina), pi dekat depan coop. Ada cikgu Man, dia belanja minum. Rasanya kem kali ni, cikgu Man banyak spend duit untuk belanja kami. Hahaha. Lepastu kami bosan, kami pi dewan, budak lelaki ada program dengan cikgu Zahilah. Aktiviti dia best gila --' Lepas habis semua ada dekat dewan, cikgu Zahilah dengan ticer Sal suruh kami kemas2, dan siap awal. Lepas kemas beg, kami letak depan dorm. Then turun balik bukit, ada taklimat penutupan kem pengawas dengan pengetua, Lepastu naik balik bukit, tengok beg hilang XD Wawa bagitau depa angkat beg2 kami semua dorm letak dalam van. Thank you Wa. hahahaha. 

Lepastu ... balik. Hahahahaha. Nampak tu, malas dia nak update blog macam mana. Hahahaha.


Happy Eid Day #1

$
0
0
Assalamualaikum.

Because it is still raya so I'm wishing all of you Selamat Hari Raya guys. I know I'm was late. But, nevermind, #RayaKanSebulan XD Serious talk, since last year takdak feel langsung nak raya.

So, this year just like another year (malas nak bangun pagi2, makan rendang, ketupat, iron baju, tangkap gambar family dekat ruang tamu, balik kampung) but this year and last year, I didn't bought any baju raya because I can borrow from my sis and my mom. And we have a lot of baju kurung so we can recycle it. Save budget kahkahkah. Then, we just realized that, our theme this year was 'pink' even my dad wore purple baju melayu. Takpa, lari tema sikit ja, tapi dalam golongan warna pink juga *gigi arnab*.





Actually, I'm really phobia with ketupat. Hahahaha, last year masa raya haji, pagi2 tu nak makan ketupat. Tak suka makan ketupat macam tu terus, nak potong dulu. Kakak dah pesan, "Tak payahlah potong, makan ja." But I'm really stubborn, last2 terpotong jari dan darah mengalir dekat ketupat dan masuk dalam rendang. Jadilah rendang berdarah, Tragis di pagi raya. Huuuu T_T


So, happy eid day guys. - from budak berbaju kurung corak kain pelikat warna pink.


Happy Eid Day #2

$
0
0
Assalamualaikum.

Raya dekat sekolah tahun ni tak boleh bawak fon. Tapi takpa, iolss okay ja. Sebab kami (4s2) dah sepakat dengan cikgu2 nak selfie dekat fon cikgu. Lewlsss sangat. Then, lepas selfie kat fon cikgu, kami buat gp ws and invite semua cikgu yang kami selfie. 

Jadi kalau ada event apa2 dekat sekolah yang pakai baju selain dari baju sekolah ni, memang selalu kumpul dekat rumah then jalan pi sekolah buat macam jalan tu kami punya. Dari last year lagi. Tapi last year lagi meriah bakhang XD Okay, rindu last year. K. 

Before thatttt, nak bagitau yang catwalk suruh guna b612. So, install sebab dia ja lah. Kalau dia tak dak, uninstall. Tak guna camera tu sebab fake dia teruk yang amat --" rasa macam cantik gila nak habaq ni.


Bak kata catwalk, "Budak2 akaun meh kita selfie dulu." And Gha be like, okay, aku sorang ja bio, yang lain lk XD 

Then, bila dah sampai sekolah, kami pi perhimpunan, macam biasa hujung bulan baca yasin. Lepas baca yasin, ada subject chemistry. Sehari sebelum jamuan kat sekolah, kami macam, 'cikgu, esok pakai baju raya, tak boleh buat eksperimen, nanti baju raya terbakar.' dan cikgu balas balik, 'saya pakai baju raya setiap hari tak terbakar pun.' Dan kami berdua naik tangga sambil berhuhuhu. 


Dan disebabkan students pakai baju raya dan cikgu Mai macam budak sekolah, kami nak kira berapa orang yang datang, terkira sekali dengan cikgu. Okay, mohon gelak.


Oh, yang ni paling best. Cikgu bm, cikgu NorRizah bagi fon dia, dan kami selfie guna monopod sebab depa suruh bawak. Pfftt. Dan kami pulun cari angle yang cerah dan selfie, maaf cikgu sebab memenuhkan memory XD


Cikgu Farah pun macam students jugak. Dia pun kata macam tu, 'saya rasa kalau saya tak bawak handbag ni, nampak macam students.' sambil bawak sorok handbag.


Tak dapat nak terima kenyataan yang depa ni tinggi. Emm *stared to the moon*





And this is my fav girls. Sapa yang rajin up to date dengan blog since last year, tau lah betapa gilanya budak2 kelas 3 elit last year even Nad sesat sorang ja kat situ (last year dia 3 cemerlang). Alhamdulillah lah, depa ni kelas lk dan kami semua rapat balik even kelas tak sama sebab waktu ugama, kelas account dengan lk combine. Then dah rapat dengan depa, memang gila.

Lepas habis belajar, around pukul 11.20 macam tu, nad, catwalk and me volunteer tolong cikgu Mazlina handle makanan (nasi ayam). Waktu tengah sedia makanan, students lain ada ceramah. Waktu dah siap prepare, cikgu emm lupa cikgu apa, suruh kami makan dulu. Okay, set dengan budak2 lk, ambil makanan then makan dekat surau. Waktu habis makan, ada sesuatu yang buruk terjadi, ayam dari pinggan jatuh dan depa pun macam, 'Namin! Ayam hang' *sambil gelak dan menunjuk ayam depa* cis, tak guna. Tapi takpa, dalam hati ni sabar ja.

Lepas habis makan, tolong cikgu dan budak2 datang ambil makanan dengan sopan. Sopan k sopan. Trust me.


Okay? Okay XD Rasanya Zuu tolong snapkan. Candid orang lain cantik, kenapa candid diri sendiri tak pernah cantik *wonder*



Sebab Daniel ni sepupu Zuu yang kami kenal. K. Dan kami selalu selfie dengan dia. Dan dia baru form 1 tapi dia tinggi. Takpa, sebab dia lelaki. Takpa Namin, takpa.


Lepastu depa tunggu parents depa mai ambil dekat rumah, kami selfie, dengar lagu, gelak and so on. *nak tulis and, tertypo nad. k* lepastu tunggu Pea balik, kami pi rumah Farah. Dia kata mak dia buat makan2, kami pi ja lah. But, the truth is, family dia tak dak, dan dia takut --" jadi kami makan apa yang ada, lepas makan, mengantuk jadi tidurlah kejap. Waktu tengah tidur, depa tengok MLM, tapi terdengar macam orang tangkap gambar, bila bangun, Nad macam, 'hai namin' *sambil tunjuk gambar orang tidur* T_T

Lepas tu, kami balik rumah semula dan tunggu Gha, Nad & catwalk balik. Lepas Gha balik, Nad pulak. Then mama catwalk mai, mama catwalk kata, 'jom pi tesco, satgi makcik hantar balik' And I was like, 'eh tak payah lah makcik.' dan mama catwalk & catwalk pujuk. Then pi lah mintak permission dekat mak, mak pun bagi. Malu gila kot. Hahahaha.

Catwalk nak pi tesco ni sebab sehari sebelum jamuan, dia beli kasut flat, orang tu bagi kiri kiri, bukan kanan kiri. Jadi dia nak pi tukar. Rezeki kot haritu, catwalk belanja waffle. Lepastu mama catwalk jumpak jiran dia. Jiran catwalk belanja kami kfc dan catwalk kata, 'berkat kesabaran hang sebab ayam hang jatuh, Allah ganti dengan ayam kfc terus.' Alhamdulillah *gigi arnab* Dan kami pun orang yang last tukar baju dan mandi apa semua. Hahahaha.


Terima kasih catwalk, okay lah lepas ni aku update pasal hang dekat blog aku. Nad dah post kan, nanti aku pulak. Tapi ann, sebab kasut hang tertukar haritu, hang pakai heels, sebab tu hang tinggi dari aku. Fact dia, aku lagi tinggi *Flip shawl*

:: Selamat Hari Raya :: 

Wordless Wednesday #14

$
0
0
Assalamualaikum.

Eleena Yasmin binti Shaharudin turns sixteen today *flip shawl*.  Yeay dah besar. Joget sikit. Ihiks *pakai crown*.


I'll post how I am celebrate my birthday today with my precious, bae(s) and blablabla on this Friday.

Pantomim.

$
0
0

Assalamualaikum.

Sebelum nak cerita hari hari yang kami practice untuk pantomim, mai nak defines dulu maksud dia. (Guna google ja) 

"Pantomim adalah satu persembahan (drama) yang dilakonkan oleh pelakon tanpa suara. Pelakon hanya menggunakan gerakan tubuh dan mimik wajah sebagai dialog."

Tapi kan, ni tak lah macam pantomim, tapi dia macam pantomim lah. Kami gunakan music sebagai ganti dialog. Jujur, penat dia, Allah ja yang tau *fake smile ciked*

- Before the pantomim

Tak ingat bila, waktu tu dari surau nak naik kelas, catwalk terserempak dengan ticer Chandra dan kami membiarkan mereka berbicara. Waktu minum air, catwalk naik atas kelas dengan penatnya dan buat announcement. (*clap clap* Ticer Chandra cakap, dia nak kita masuk pent apa tah, susah nak sebut sempena penutupan bulan kemerdekaan. Kelas kita combine dengan kelas 4s1. Untuk kelas kita, aku ketua, untuk kelas sebelah pula, Bella ketua. Ada sapa sapa nak masuk dak?) Dan ramai yang tak nak masuk termasuk Nad, and I was like ... Nad jomlah masuk. Dan dia tetap dengan keputusan dia. Alhamdullilah, tak tau lah macam mana dia ubah fikiran dia, dia masuk juga.

- First meeting

First meeting dekat perhimpunan lepas rehat. Ticer Chandra explain semua semua tu, ambil sebahagian students 4t. 4eko1 dan 4eko2. Lepas agihkan watak dan perwatakan dan jalan cerita, kami naik kelas macam biasa.

- First day practice

Semua pelakon ada, jadi kami mulakan cerita dan cikgu Rohmah datang tengok. Dia suruh kami stop berlakon dan panggil beberapa pelakon dan jalan cerita diubah. Waktu sembang dengan Nad (tidur atas bahu Gha sebenarnya, tak sembang pun) Alia panggil dan kata, 'Cikgu Rohmah nak orang yang reti edit music, kami panggil Namin.' Dengar lah cikgu Rohmah, cikgu Wan, cikgu Syikin dengan ticer Chandra cakap pasal jalan cerita. Dari panjang, tinggal pendek. Lepastu kami buat bulatan, dan ya, ada rombakan watak. Dan azan, dan kami balik -.-

- Second day practice

Sebelum hari kedua ni, hari Sabtu dan ramai yang tak dak sebab depa baru balik dari Alor Setar. Kami practice tanpa depa, dan ada music. Semua cikgu sejarah ada kelas latih tubi haritu, dan cikgu Rohmah turun dekat perhimpunan dan tengok kami berlakon. Dia suruh stop dan ubah sikit jalan cerita. Dan kami practice lagi dan lagi dan balik.


- Third day practice

Hari sebelum tu hari Isnin, sepatutnya berlatih tapi hujan lebat dan tak dak sapa yang datang. Hari selasa hari yang paling memenatkan. Kami yang pantomim tak tau nak pi yang mana sebab pukul 12, ada ceramah. Cikgu Hasni yang buat ceramah tu. Kami nak pi ceramah tu. Then cikgu Hasni cakap, yang ceramah tu untuk kelas kelas yang tak dak cikgu. Rehearsal pukul 12, sebelum pi dewan, pi bilik guru sebab nak pinjam laptop cikgu untuk audio, guna pendrive saya. Mula mula pi dekat cikgu Wan, lepastu ada, tapi tak dak sound, pi dekat komputer pula, ada juga, tapi tak dak sound, letak pendrive dekat laptop cikgu Rosaini pula, hilang semua. Dah mula gabra sebab dalam tu ada folio akaun. Pi dekat dewan sebab semua cikgu dah ada dekat situ. Saya dengan nad kena marah dengan ticer sebab datang lambat, kesian dekat nad lah sebab dia ikut, dia kena marah. Takpalah, benda dah jadi. Lepastu pi dekat cikgu syikin, dalam laptop cikgu pun tak dak, memang gelabah. Lepastu cikgu man kata, dalam laptop memang tak dak, pendrive ada lagi. Lega lah dengar. Minta laptop kat cikgu mizi pula, sebab haritu boleh, tapi tak boleh. Ulang alik sampai tak duduk, kesian dekat nad sebab berlakon sorang. Lepastu pukul 2, balik dengan cikgu wan, balik rumah dia dan balik rumah saya. Transfer balik dalam pendrive. Memang penat dia haritu, tak terkata sampai nad cakap mata tak cukup tidur. Lepas dapat lagu dan practice, ada lagu yang pendek dan tak sesuai. Kena ubah lain, nasib sempat sebab Rabu tu cuti. Khamis nak kena present dah.



Banyak skip hari practice sebab ada yang tak perlu sangat pun. Jadi next entry, saya cerita pula hari yang kami present tu *peace emoji*

Pantomim #Part2

$
0
0

Assalamualaikum.

Dan hari Khamis pun datang. Malam Khamis (Rabu) semua budak pantomim ws dalam gp bagi kata kata semangat, cakap nervous. Pagi Khamis tu hujan lebat dan sepatutnya ada aerobobik. Jadi macam biasalah, kalau hujan selalu pi dengan abang dan akan jadi orang pertama dalam geng sebab datang awal dan rasa macam awkward potato sangat. Lepas dah ada kawan baru pi dewan. Pagi tu lapar sangat jadi pi kantin beli karipap. First time dalam hidup beli makanan dekat kantin waktu pagi. Dah habis makan, nampak ramai cikgu datang dewan dan sedia kan dewan untuk aerobik. 
BFFUID pendek pendek jadi kami tak berapa nak nampak instructor even duduk depan sekali dan kamilah yang paling semangat. Kalau kami tak nampak, kami akan cucuk langit dan menari macam macam. Dan berpeluh peluh. Ya kami lah manusia paling happy dekat situ dan hyper. BFFUID ada dengan kak Liya dan kak Intan Syazwani. Kami pegang tangan, buat bentuk bulatan dan menari, berpusing. Ya, ramai orang tengok kami pelik, tak kisah pun. Hahahaha kami bahagia. 

Lepas aerobik, kami naik kelas dan buat budaya tutup sekolah. Ynag budak pantomim sibuk yang amat. Kami duduk dalam surau, practice, sembang, main dan sebagainya. Dalam pukul 12 macam tu, kami tukar baju untuk pantomim. Rasa tak selesa sebab peluh, lepastu tukar pula baju. Jadi kami pakai bedak banyak banyak. Sebab tak pernah pakai kain batik kat atas kepala, asyik betulkan saja --

Lepastu, saya suruh Shahrul Amir tolong recordkan sebab kalau rindu boleh tengok (cliche sangat) ramai orang minta video dekat ws dan ramai puji. Terima kasih sangat sangat. Tapi Amir pass dekat Aen sebab dia ada perfomance sebelum kami berlakon. Waktu tunggu Amir and the geng nyanyi, cikgu Syikin snap gambar dengan kami.


Dan masa dia dah tiba, Gha kata, 'Namin cuba pegang dada aku. Laju gila.' Memang laju -- lepastu Alia pun sama, 'Namin, kami nervous, pegang dada kami.' suruh depa cool down dulu sebab berlakon ja, tak dak suara pun hahaha. Takut tu ada, sebab takut tak lancar, tapi kena postive juga. Alhamdulillah, lancar.


"Suasana tenang di kampung, bunyi burung berkicauan. Orang orang kampung mempunyai aktiviti tersendiri. Ada yang basuh baju, mengayak beras, bermain congkak bersama kawan dan anak, lelaki mengacau budak perempuan dan macam macam. Tiba tiba, terdengar siren kuat dan membuat orang kampung semua tertanya tanya. Bunyi bom dan senapang bertubi tubi dari askar jepun dan orang kampung ada yang sempat berlari dan tidak. Sayangnya, lelaki tadi tewas dalam peperangan. Kemudian, ada askar melayu yang datang untuk menyelamatkan orang kampung. Askar jepun semua mati dan juga termasuk askar melayu. Orang orang kampung yang berlari tadi, bertafakur. Suasana menjadi sayu. Dan kemudian, askar melayu mengambil keranda dan berjalan sambil didendangkan sajak oleh Alissa, Dan tamat."

Waktu turun tu, rasa puas dan hilang segala bebanan sebab dah selesai dan boleh fokus benda lain pula.



Kami balik surau beramai ramai dan terdengar nama yang menang untuk pertandingan kelas. Kalas kami menang. Tahniah 4 sains 2 untuk hiasan kelas bertemakan kemerdekaan. Bak kata catwalk, "kipidap gais" (mesti lepas ni dia marah aku lagi sebab ada nama dia) dan tahniah untuk sapa yang masuk pertandingan mural. 



Tahniah untuk diri sendiri dan semua orang yang terlibat. Special thanks to semua cikgu dan students yang sanggup stayback penat penat, perselisihan faham dan sebagainya. We did it! (nyanyi lagu dora). Jadi ni tagline masa dengan UNIKL tahun lepas. G double O D J O B, good job, good job, good job!

#PTSB

$
0
0
Assalamualaikum.

Pi Politeknik pun nak update. Hahahahaha. Sebenarnya banyak benda yang terjadi. Tu yang nak update.

Hari Isnin, cikgu Hairul masuk dan tanya kelas kami dan 4T berapa orang. Lepastu waktu rehat budak 4T kata, 'Kita esok tak dak dekat sekolah.' Dan budak budak kelas saya dan depa seronok. Dan saya cakap, 'jangan seronok sangat, tengok tengok pi UNIKL atau poli ja.' Dan ya, pi poli, hahaha sikit. 

Pagi Selasa kami tunggu dan ramai orang tanya nak pi mana. Kami hanya mampu menipu dengan menjawab USM hahaha. Cikgu Hairul cakap bas pukul 7.45 sampai. Jadi kami semua pi tunggu luar sekolah. Dari pukul 7.30 sampai 8.30. Ada yang duduk tepi jalan, tempat parking moto, selfie (sapa tu) makan, nyanyi dan blablabla. Orang yang lalu tengok kami pelik ja. Macam budak ponteng. Dan kami macam, 'entah entah kita kena tipu' waktu tengah tunggu bas, ada bas dari jauh datang, dan nad jerit 'bas dah datang!' semua yang duk tunggu, bangun, dan rupanya bas pergigian -- Nad pakai spek pun tak nampak XD


Waktu bas poli dah sampai, kami macam wow besarnya hahahahahaha. Kecil dan sempit kot. Ya Allah, cikgu Hairul cakap, kenangan yang tak dapat dilupakan. Kena duduk himpit bagai.


Cikgu Hairul the best lah walaupun baru lagi. Serious best. Tagline dia 'tak senonoh' hahahaha. Waktu sampai, kami ingat kami last, rupanya kami orang yang first sekali dan kami tak tau nak buat apa, dan kami selfie. Ya memang, selalu selfie. 


Dan ramai pula sekolah yang datang. Kami mula berlakon sopan kecuali budak lelaki. kacau budak perempuan sekolah lain. Dia cuma bagi taklimat nak masuk poli. Tu ja.


Dalam pukul 12 macam dah habis taklimat dan emm student dekat situ bawa kami tawaf satu poli tengah panas yang tak dak kipas. Sampai demam Nad. 
Kami pi banyak tempat. Tapi tak tau nama. Tak minat dengan benda macam ni sama, sebab tu rasa macam biasa ja jalan jalan. Tapi paling best bidang agro apa tah yang main tanah tu. Ukur tanah. 

Kami gelar dia kakak tanah yang comel lagi baik hahahaha

Lepastu kami pi mana tah. Jumpa kak Intan dan kami jerit dan kami peluk dan salam dia. Hahaha lepastu kami pi tempat jual jual dia apa semua tu dan kami pi dewan pameran. 1.30 kena ada dalam dewan. Waktu tu kami makan, cikgu kata boleh pi cafe. Tapi cafe dia masya Allah, jauh yang amat, dahlah situ banyak tangga. Tak larat. Jadi kami ambil keputusan untuk makan dalam dewan sebab kami dah bawa bekal.


Kami kebulur yang amat. Muka semua tak larat. Merungut dan sebagainya. Nak beli makanan dekat tempat tu segan, sebab ramai sangat lelaki. Tau nak terik perhatian, tapi tak perlu jerit kuat kuat macam kami tak dengar --

Lepas makan dalam dewan, Aina dengan Alia panggil kami suruh beratur tepi dewan sebab nak balik dah. Alhamdulillah, bersyukur yang amat. Hahahaha. Bukan tak best, cuma tak minat pasal bidang bidang macam ni.

(4s2 dengan 4t sentiasa bersama sama)

Prefect's Annual Party 2015

$
0
0
Assalamualaikum.


15/10/2015 (Khamis) finally form four prefects berjaya handle prefect's annual party untuk prefects batch '98. Theme untuk party ni 'Prince and Princess' Sehari sebelum party ni, cuti sempena awal muharam, dan kami semua prepare untuk hari keesokannya. Ticer Sal tengok video dan dia suruh selit sikit gambar. Malam tu tambah gambar dan tak boleh save. Jadi video tu letak dalam pendrive dan save dalam laptop Bella pagi Khamis nanti. 

Bila tiba pagi Khamis, perasaan kami macam macam ada. Nervous, excited, bercampur. Pagi tu nak save video, tapi tak boleh. Ya Allah, Allah ja tau perasaan tu macam mana. Terpaksa balik jalan kaki dengan Teah (nasib dekat ja rumah) pukul 9.45 pagi. Bila keluar sekolah, orang tengok kami macam kami ni ponteng. Tak boleh save juga, Ticer kata, guna ja video lagi satu sebagai back up. Petang tu, kami tak balik dan tak mandi, tukar baju dan siap. Dah biasa rasa tak mandi ni, tambah tambah dekat kem yang 1 minit ja bagi mandi. Memang tak mandi lah. Lepas siap, kami pi meja pendaftaran, ada Aina dengan Lissa. 

Ainun, anak cikgu Man.
Kami buat surprise untuk senior, kami pakaikan masquerade. Kami ada partner masing masing. Sebelum tu, kami tunggu senior, kami ada depan bilik pengawas.



Waktu ada depan bilik pengawas, nampak ramai gila manusia depan pejabat. Tak cam lagi muka, bila datang dekat, baru perasan. Senior kena cabut satu nama untuk jadi partner masa jalan. How sweet lah. Hahaha. Cantik.


Dan dapat pakai kan masquerade untuk kak Tang Hui Qi

Senior hug teacher sambil tengok video.
Jadi, saya kena buat video sebab saya exco dokumentasi. Alhamdulillah menjadi dua dua video walaupun ada masalah sikit.


Waktu tengah selfie dekat photobooth, ticer suruh form four kumpul dekat meja depan, dan ada kek SR. Birthday kak long (Kinah) sebelum event. Jadi kami suruh dia pi jalan jalan dan bila dia datang dekat meja, kami nyanyi lagu. (BFFUID bila nak buat macam ni XD)


Sebenarnya photobooth ni, saya cuma suggest ja dalam group. Nak terima ka tak, tak kisah, tapi alhamdulillah depa terima. Sebab saya selalu fikir, event apa apa, lepas makan depa suka selfie. Jadi nak nampak menarik, tambah lah photobooth. Saya dan catwalk ketua untuk photobooth.

Princesses prefects , form four prefects & princes prefects.
Catwalk.
Form four prefects untuk perempuan, kami pakai tudung purple. Nak bagi nampak kelainan katanyaa.

Susah sebenarnya jadi pendek ni. Kena halang kalau time selfie dan kena jengket.


Yang ni, kami plan buat musical chair untuk form five. Tak tau sapa yang menang sebab makan kek dan kalut bungkus makanan untuk bawa balik. k hahahahaha.


Waktu hari guru haritu, depa ada tangkap gambar dekat kad gergasi yang kami buat. Saya nak ambil kad tu, tapi depa nak ambil gambar. Saja buat ramah, kata dekat depa, 'cantik tak kad ni?' dan depa pun, 'cantik, macam kakak.' ouch hahahahaha (nak ambil hati lettew) lepas dari tragedi haritu, depa selalu senyum kalau jumpa dan tegur Emm, depa baru form 1 tapi tinggi. Emm.


So, ini doorgift yang kami bagi untuk pengawas.


Tahniah form four prefects. We did it (nyanyi lagu dora) Rasa macam bangga sebab dapat handle event macam ni. Meriah. Icecream oreo tu tak dapat dilupakan. Tahun depan, tak kalut dah kita, datang dan makan ja. Goodluck untuk SPM!

Welcome back!

$
0
0

Assalamualaikum.

Hello 2016. Hello SPM and hello for everything that I will face this year. Dah nak habis bulan 1 2016 baru update blog. Ramai orang whatsapp dan wechat, tanya kenapa lama tak update blog? Okay sebenarnya, update blog ni dekat komputer, jarang guna komputer sebab dah ada phone. Bila nak update blog, komputer pula rosak, tambah dengan wifi. Bulan 1 baru jadi semuanya. Bulan 1 pula, dah start minggu ke-2, nadmincatlia ajak stayback study sama-sama, lepastu cikgu cikgu banyak booking kami untuk extra class. Takpa, tahun last ni dia punya struggle tu lain macam. Nanti rindu pula kat sekolah. Lepastu, holiday dengan family sebab bulan 12 tak holiday pun. So, bila buka ja blog. Nahhhh, hilang 5 followers. (lap air mata guna hujung lengan baju)
So tak pa, nanti update blog tentang percutian 2016



Kulim to Shah Alam.

$
0
0
Assalamualaikum.

- 14 January 2016 -

Malam 13/1, mak suruh packing baju dah sebab hari Khamis, lepas balik sekolah, mandi, terus pi Shah Alam. 14/1 ada extra class untuk fizik dan alhamdulillah balik pukul 3.30 sebab takut kalau balik lewat, lambat sampai sana. Bila dah balik rumah, settle kan apa yang sepatutnya kena buat. Dan long journey pun mula. Sebelum pi, nadcatlia cakap, 'jangan lupa kami kat sini.''untunglah bercuti' hahahaha.

So, disebabkan ada extra class, mengantuk, jadi tidur dalam kereta (habit actually XD) mak bungkuskan nasi dengan ayam goreng (jalan jalan dengan mak pun, mak bungkuskan) Sampai dekat Shah Alam dalam pukul 8 lebih dan hujan lebat dan ada kilat. Sebenarnya takut kilat hahaha. Kalau ada kilat kat sekolah, nad akan peluk dan kata, 'tak dak apa pun'. Okay bila dah sampai Shah Alam, ambil kakak, dan tidur dekat hotel alami.

Malam tu, siapkan hw, tengok tv dan tidur.


Thank you Alami Hotel. And the next day ...

Laman Seni 7 & KLIA2

$
0
0
Assalamualaikum.

- 15 January 2016 -

Lepas check out hotel, ayah bawa pi lama seni 7 (sebenarnya saja ja cakap dalam hotel dengan kakak "kakak, laman seni tu dekat mana""dekat ja""teringin nak pi""kakak bagitau ayah""jangan cakap adik yang nak pi""okay kakak cakap, teringinnya nak pi laman seni") tapi dalam kereta, kakak sebut juga nama namin -- and here we areeee








Lepas tangkap gambar, beli kain untuk pakai raya ni hahahaha


Lepastu pi KLIA2 tunggu abang sebab abang balik kerja pukul 8 lebih. Kami sampai situ awal sangat.


Bila sampai dekat KLIA2, ternampak buku ni. Ya Allah, dah berapa tahun teringin sangat nak buku ni T_T mampu selak selak macam tu ja.


Disebabkan mak penat jalan, kakak syorkan kami mengeboostkan diri dengan boost. It senais. Then kakak teringin sangat nak makan sushi king, so, marilah kita hahaha


So, bila dah ambil abang, ayah cakap, "ayah dah tau nak pi mana, ayah boleh tidur" dan abang pun gelak. Kami dekat belakang sangat curious sama sekali ya. Rupa rupanya kami pi ...


Melaka.

$
0
0

Assalamualaikum.

- 16 January 2016 -
So, ayah bawa pi Melaka. Kami tidur dekat LKS Hotel.


Check out hotel dan jalan jalan Melaka.







Klebang punya coconut shake. Nak pi pasir dekat klebang tapi abang tak berhenti :')))


Jadi kami tidur dekat hotel Sunrise. Petang tu mandi pantai. Hotel dia, vintage sangat sebab dia dari kayu. 


On the next day ...

Melaka to Kulim.

$
0
0

Assalamualaikum.

- 17 January 2016 -

Lepas check out hotel, ayah hantar abang dengan kakak balik semula. 


#Askartegak hahahaha

Dah start sekolah, masa naik tangga, nad dengan catwalk cakap, 'depa main mario, kita main pasir ja.''Tulah, mario pun tak bawa balik kat kita''Tengok dp ws namin, macam tak percaya ja tu namin' Hahahahaha okay fine XD

Penghijrahan.

$
0
0

Assalamualaikum.

Setiap individu ada kisah kisah silam yang mempunyai pengajaran yang tersendiri. Cuma terpulang sama ada depa belajar dari kisah silam depa tu, atau depa biarkan kisah silam tu dan hidup macam biasa. For me, saya cuba belajar daripada kisah silam tu. Walaupun ada mulut mulut yang cakap, "dulu dia teruk, sekarang berlagak, bajet" well, semua orang kena ada anjakan paradigma right. So why not kita berubah dari sekarang.

I admit that dulu saya pun tak baik mana pun. But then, saya sedar, kenapa saya perlu ada semua benda tu, yang tak mendatangkan apa apa faedah langsung dekat diri saya. So, saya cuba berubah secara perlahan lahan. Ada orang cakap, "labuhnya tudung, macam ustazah" baru tau yang orang yang pakai tudung labuh ni hanya untuk ustazah. Fikiran bagi terbuka sikit ya?

Kalau ada orang dah berubah, jangan ungkit balik kisah silam dia, buka aib depan kawan. Dia dah elok berubah, bila kita ungkit balik, dia down dan dia akan stop berubah. Kalau dia ada kisah silam yang teruk, never judge him/her! Jangan pernah buka aib dia. Jaga aib diri sendiri, insya Allah, Allah akan jaga aib kita. Kita bukannya sesiapa yang nak tentukan sama ada dia tu baik atau jahat. Hanya diri sendiri dan Allah yang tau macam mana diri kita yang sebenarnya.

cactus - broken heart - down - don't stop
Umpama mulut orang yang sentiasa cakap benda buruk, sampai dia broken heart, dan dia akan down. Please don't! Teruskan berubah, dan tolong jangan berhenti berubah. Lama kelamaan, orang yang selalu ungkit, buka aib kita, akan penat kalau kita tak layan dia. I know, its hurt you. Abaikan apa yang orang cakap sebab kita hidup bukan untuk puaskan hati orang lain.

Love,
Namin
Viewing all 130 articles
Browse latest View live