Quantcast
Channel: Eleena Yasmin Shaharudin
Viewing all 130 articles
Browse latest View live

The hectic day.

$
0
0
Assalamualaikum.

20/11 sepatutnya kami cuti, tapi form 3, 1 Malaysia kena ambil result ujian Psikometrik, PAJSK dan band. Pagi tu semua form 3 main dekat padang. Lepastu rehat dan pusing 1 sekolah (no, it's just my group). Then pukul 10.30 centu ada taklimat sikit pasal KV, cara nak online semua tu. Lepas habis tu, mula ambil result masing2. Balik awal, uuu ~ Tapi kami duduk dekat sekolah, tanya cikgu pasal result tu, then conteng baju orang. Haha.

The truth is, saya suka gila dengan kelas 3 Elit. I know that I'm very arrogant for the first time, tapi lama kelamaan, kelas ni best! Kelas yang suka menyanyi, gila, suka selfie, prihatin, sekepala, waktu exam buat sungguh2. Sukanya. Haha.
Bila selfie dengan Akhyar, Namie dan Akmal tak perlu guna monopod. Mentang2 tinggi --" Even kelas tak sama, tapi rapat dalam wc. (aku harap kak Intan suka bila aku conteng baju hang banyak2. Haha) 

- Kalau pindah nanti mesti rindu. Hmm. -

Baju kurung lagi.

$
0
0
Assalamualaikum.

Haritu BFFUID dah pakai baju kurung. Then hari Sabtu (22/11) pakai baju kurung lagi tapi bukan dengan BFFUID ja, ada Isfa, Zuu dengan adik Gha (Afiqah). Time ni ada kenduri rumah Zul (kelas cemerlang). Theme dia warna kuning. Kebetulan sama warna dnegan Nad. No wonder orang tengok lain macam ja. Haha.

Then dalam pukul 12 centu hujan. Pukul 1.30 hujan lebat. Tapi kami nak pi jugak sebab nak makan nasi kenduri. Haha. Pea kata ''Ada hikmah di sebalik hujan ni.'' Maybe. Tapi alhamdulillah, pukul 2.15 centu hujan dah berhenti sikit. Ingatkan kat kenduri orang tak ramai. Tapi ramai macam pukui 12. Choii.

Namin, Akhyar dan Namie.

Kalau Namin dan Namie duduk tempat sama, ada orang panggil, dua2 orang akan kalih. Macam kak Meera ritu. Haha.





The girls.

Then, Akhyar suruh masuk dalam rumah. Jumpak family Zul. And I was like ... okay. Bila masuk rumah nak selfie sana sini. Then Namie cakap "Pening aku dengan hampa ni." sambil duduk atas sofa dengan Akhyar. Buat serupa rumah hampa --" Ajak selfie hampa memang nak. Naseb hampa suka selfie. Haha.



Pea suruh buat candid. Yang tak tahan geng2 laki tu :'3


Spongebob dengan Patrick.

 Gha, Zaf, Min, Nad, Pea & Zuu.


- Lagi 4 minggu result PT3. Allah. -

Wordless Wednesday #8

$
0
0

Assalamualaikum
Susah nak jumpak kawan yang ada sentiasa di sisi kita tak kiralah waktu susah ataupun senang. Tapi kalau ada kawan yang selalu ada dengan kita tak kiralah situasi dia macam mana pon, kita bersyukur dan tersangatlah beruntung. Jangan abaikan dia. Sebab tu saya beruntung sebab ada BFFUID yang sentiasa dengan saya. (✿◠‿◠)


Rindu du du.

$
0
0
Assalamualaikum.

Okay baru cuti berapa minggu dah rindu dekat senior. Ouh! Sedihnya. Senior tahun ni sporting, baik, awesome. First time tau rapat dengan senior teruk2 macam ni. Susah nak dapat senior yang suka selfie. Susah nak rapat dengan Penolong Ketua Pelajar. Susah nak sekepala dengan senior. Susah nak ermm, segalanya. (K) Tapi tahun ni senior semua best2.




 Rindu kak Meera yang suka perasan comel dengan Namin.

Rindu kak Intan yang suka tampar ..... haha.

Ni lagi lah rindu. Rindu kak Wani. Setiap malam duk wechat. Nak tidur ja suruh mimpi lah. Suka perasan. Kawan lagi dengan kak Meera. Haha.

Gambar terakhir dengan kak Wani dan kak Meera yang comel. Entah bila boleh jumpak lagi. Terima kasih sebab tolong Namin pasal 'benda' haritu. Siap peluk2 bagai. Sweetnya, haha,

Wordless Wednesday #8

$
0
0

Assalamualaikum
Susah nak jumpak kawan yang ada sentiasa di sisi kita tak kiralah waktu susah ataupun senang. Tapi kalau ada kawan yang selalu ada dengan kita tak kiralah situasi dia macam mana pon, kita bersyukur dan tersangatlah beruntung. Jangan abaikan dia. Sebab tu saya beruntung sebab ada BFFUID yang sentiasa dengan saya. (✿◠‿◠)


Tawakal.

$
0
0
Assalamualaikum.

Okay yang ni betul T__T

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
 nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

At-Talaq [65:3]

Kita dah doa (bacaan yasin dengan solat hajat) dan usaha (kelas latih tubi dengan soalan dari cikgu). Sekarang tinggal tawakal ja.

" Bila kita dah doa, usaha kemudian kita tawakal. Doa dekat Allah (Ya Allah, aku telah berusaha dan sekarang aku serahkan segalanya kepadaMu.)" -Ustzh. Nik Rohani

Tinggal lagi seminggu. Doa supaya gred menurun. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Kena usaha lagi sebab Allah dah ada rancangan untuk kita. Ada hikmah disebalik semua ni. Allah ialah perancang yang terbaik.

Solat fardhu, solat dhuha, solat tahajud dan solat hajat. InsyaAllah, Allah tolong.

#Batch99 #PT3 #PrayForBFFUID

Mix feeling.

$
0
0
Assalamualaikum.

Okay, semalam tak dapat tidur sebab asyik fikir pasal result. Tidur pukul 2 lebih sambil ada macam2 perasaan. Pagi ni hujan rahmat dan Zafirah kata, "Hujan ni ada petanda kot. Kita menangis kot nanti." Nasib dalam wechat, kalau depan dengan dia memang dah kena. Dan, group dalam wechat macam2 nama depa letak, depa letak "12 jam lagi" lepastu tukar lagi dan lagi. Group lagi satu tukar jadi "tikus makmal 2014". Moment penuh pasal PT3, ig pon sama, twitter lagilah. Nervous aihhh.

Tak dapat describe perasaan sekarang. Ouh ya, terima kasih untuk senior2 (Kak Wani, Kak Intan, Kak Mida, Kak Nana, Ain Nazihah, Kak Meeza, Kak Zidah, Kak Mira, Kak Una & Shahrizal Ikhsan) dan junior2 (Wanie, Piqah, Izwa, Nadia *k tak ingat dah*) Wish untuk result harini. Tambah2 kak Wani yang bagi banyak sangat nasihat dan macam2 dan Shahrizal Ikhsan yang bagi hilang nervous semalam. Terima kasih T__T


"Aku tau hang takut kecewakan mak dengan ayah hang and they will dissapoint on you but kalau betul depa faham effort yang hang bagi untuk dapat A, surely dalam sedih tu ada bangga. No matter what, hang dah cuba sebaik boleh. You should proud of it. Everything happens for a reason. Whatever happens, accept it. Have a faith." - Arie

"Namin dah buat sebaik mungkin. Kalau Namin gagal Namin bukan gagal selamanya. Rezeki Allah luas dan bukan untuk budak Sains ja. Namin kena tawakal dan redha. Namin cuma boleh doa ja. Kak Wani doakan Namin. Namin boleh." - Kak Wani

"Usaha, usaha dah. InsyaAllah Namin boleh dapat yang baik. Tapi kena janji dulu bagitau result dapat berapa. Tak kesah lah, elok ka, tak ka, medium ka, sederhana, kena bagitau jugak. Tapi bagitau kat orang yang penting dulu." - Shahrizal Ikhsan

"I don't care about my feelings, I just worried about my parents. They must be upset and other people gotta be like, (Hey wassup? How about the result?) and my parents be like (Hmm, it was ...) - bitter smile" - Gha

Please don't be busybody person yang suka sangat tanya orang apa semua tu. Don't ask about our result. Better shut up. Erghh --"

Anak sulung. K.

$
0
0
Assalamualaikum.

"KPM mengatakan bahawa tahun ini tidak ada gagal dalam result PT3."

*Semua tepuk tangan dengan bersemangat sambil nak menangis*

"Cuma kita panggil belum mencapai tahap minimum."

*Diam.*

"Dan tahun depan 100% KBAT."

*Mengeluh*

Ya, itulah pengetua. Alhamdulillah walaupun result tak cantik. At least dah try. Hmm. Gred PT3 meningkat secara mendadak. Kalau ikut gred PMR, dapat 5A. Takdir. Saya takdak lah nangis pon. Sebab orang kata better nangis kat rumah dari sekolah. Nvm, lepas dapat result terus call mak. Macam2 ayat reka, bila dah dapat ayat okay sikit, terus call. Cubaan pertama mak tak angkat. K, try lagi. Bila mak dah angkat, terus gagap nak cakap --" Dan cakap ayat lain. Sebelum call kemain panjang lagi ayat.

Muka orang taknak nangis nuhh.
Then call Shahrizal Ikhsan. Dan dia pon mula menenangkan saya. 

"Dah cuba dah kan. Tau PT3 susah. Cikgu pon cakap. Cuba bayangkan orang lain yang takdak A langsung, F ja yang banyak. Bersyukur dapat macam tu. Dah cuba sedaya upaya dah kan. Namin boleh. Dah tak mau sedih."

Budak pandai cakap memang macam tu. Tunggu result SPM dia pulak nanti. Haha. Lepastu sampai rumah baru nangis sepuas hati. Gha kata,"Kalau nangis sambil peluk bantal, jerit kuat2 lagi best." K. Ermm, semalam wifi tak jadi sehari suntuk. Then harini bukak wechat, ramai orang tanya. Lemah aihhh. 

#BFFUID #AlwaysOT10
Okay, ada 6 orang ja. Gha kena balik awal sebab nak pergi Kelantan. Arie dia pon balik awal. Ana duduk Putrajaya. Dan Fina pulak sekolah lain. Memang masin betul mulut hampa semua sebab tak bagi pindah --" Takpa, duduk ja kelas mana pon janji belajar macam cg  Azaliza cakap. Rezeki Allah luas dan bukan untuk budak2 pandai ja. Allah dah aturkan semuanya dalam hidup kita. So, just believe that's something wonderful is about to happen. Trust Allah.

Muhasabah diri ♥

$
0
0
Assalamualaikum.

"Langit sedang menangis. Dia selalu tengok maksiat. Umat Islam makin hancur tapi dia tak mampu buat apa. Dia hanya mampu diam dan memendam rasa. Langit takut Allah murka sebab kita. Langit takut Allah murka sebab dosa kita. Tapi langit hanya mampu melihat dan pendam. Sekarang dia tak dapat membendung perasaan. Dia menangis sebab dia nak kita rasa apa yang dia rasa. Jadi janganlah salahkan langit. Kita tarbiyah diri dan pujuk langit." - Hani


Bilamana bencana dan bala Allah turun, janganlah saling menunding jari kepada sesiapa pun. Tetapi lihatlah dahulu diri sendiri dan munasabah. Mungkin ia kerana dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. 

Still counting ...

$
0
0
Assalamualaikum.

"Macam mana boleh dapat nama BFFUID?"
"Dalam BFFUID ada berapa orang?"
"Mana BFFU apa tah? Susah sangat nak sebut."
"Hampa tak pernah bergaduh ka?"
"Hampa selalu h/o? Nampak macam terlebih sosial."

And my expression :

Soalan yang kekadang sama, dan rasa malas nak jawab. Jadi saya jawab sini eh? 


Masa form 1, kami semua berlainan kelas *sampai sekarang actually* dan sorang lagi budak air merah (Fina). Hmm, dalam kelas cemerlang ada 5 orang (Arie, Baby, Zaf, Pea & saya), kelas bestari 3 orang  (Nad, Gha & Ana) dan kelas elit sorang (Wawa). Nak dijadikan cerita, entah macam mana, kami 5 orang boleh rapat. Dan saya kalau cakap, selalu kepakkan kepala, dan jangkit dekat 4 orang tu dan kami panggil diri kami 'Geng Kepak Kepala'. Lepastu, saya selalu dengar orang asyik cakap 'BFF' ja, nampak macam simple sangat, jadi saya cuba tambah 'AE', jadinya 'BFFAE - Best Friends Forever And Ever'. Then, dalam bulan 8 macam tu kot, ada jamuan raya dekat sekolah, Arie *leader BFFUID*, tiba2 dapat nama 'BFFUID - Best Friend Forever Until I Die'. Lepastu kami 5 orang jadi rapat dengan budak kelas bestari. Kami 8 orang pon jadilah BFFUID.


Masa form 2, kami terpaksa berpisah, kelas cemerlang 3 orang (Arie, Gha & Ana), kelas bestari saya sorang *ouch! sedihnya*, kelas elit ada 5 orang (Nad, Zaf, Pea, Baby & Wawa). Hmm, Fina masuk dalam BFFUID sebab dia main kakaotalk dengan Gha & Nad. Wawa pulak, masuk sebab dia peramah walaupun kasar *Nad kata*. At first, saya tak berapa rapat dengan Fina dan Wawa even ada group dalam FB. Then, lepas ayah beli fon, terus buat wechat dan communicate dengan Fina dan ada group BFFUID. Rapat dengan Wawa pulak sebab kami jadi pengawas. Jadi dalam BFFUID ada 10 orang.


Masa form 3 (sekarang) kelas cemerlang ada 5 orang (Nad, Gha, Arie, Ana & Baby), kelas bestari ada sorang (Zaf) dan kelas elit ada 3 orang (saya, Pea & Wawa) *kalau hampa perasan, setiap tahun mesti terbalik*. Dan kami biasa2 saja. Nak cakap macam mana lagi ya --" Adat kawan, mesti bergaduh. Bergaduh perkara biasa, kalau gaduh dekat wechat, dekat sekolah memang tak tegur dan akan berpecah buat 2 group. Ikutlah nak masuk group mana. Hahaha. Tapi tak selamanya bergaduh, mestilah berbaik semula. Waktu gaduh memang sakit dan akan menangis setiap malam. Orang kata, "Putus kawan lagi sakit dari putus cinta."Bagi saya pasal putus kawan, ya. Tapi putus cinta, tak tau. Sebab tak pernah ada boyfriend. Dan tak tergerak hati pon nak ada boyfriend. Dalam BFFUID kebanyakannya tak pernah ada boyfriend. Taktaulah tentang past tense dia *ayat Gha. Hahaha.* Kami cuma crush dekat orang. Bagi Fina, Gha, Nad & Pea, crush depa korea guys. Kalau ada masalah. kami taklah cerita dekat semua BFFUID, ikut masalah jugak. Dalam BFFUID ada 10 orang, dan kami ada partner untuk cerita.


Pasal hangout pulak. Hmm, ya, kami selalu hangout even exam nak dekat. Walaupun kami ni nampak suka hangout, duduk rumah Pea, Nad, padang srs, padang rumah Gha, padang taman saya, rumah saya, rumah Zaf, giant, sekolah --" Kami bukannya buat apa pon --" Kami macam antisosial sikit, sikit ja. Lepak sekali tapi pegang fon. Hahaha. Tak setiap masa macam tu, sembang2, makan2 jugak. Selfie? Setiap kali keluar even tempat sama, mesti selfie. Video pon mesti buat. Kami suka imagine ada bas BFFUID, kawasan perumahan untuk BFFUID siap ada guard lagi, pergi Korea sesama, ada bakery @ cafe BFFUID, macam2 yang kami imagine. Birthday semua BFFUID 23 March dan kami akan sambut sekali. Macam biasa, party ja Nad. Hahaha. Celebrate, makan, selfie, buat macam2. Dekat sekolah, kalau ada taklimat atau apa2 yang duduk tak ikut kelas, BFFUID mesti duduk sebaris, kalau ada banyak space, cikgu suruh salah seorang dari kami dok depan, kami akan suruh orang lain yang duduk. K, teruk.


Harini (27/12/2014) dah 2 tahun 9 bulan dan 4 hari. Macam2 kita lalui. Bergaduh hampir nak berpecah, suka menyanyi, suka jerit, suka apa lagi eh? Suka batak. Hahaha. Lepas update dekat ig mesti chat dalam group suruh like. Kalau letak gambar dekat ig mesti ada ( #BFFUID #AlwaysOT10 #Always10 ) even tak cukup pon 10 orang. Nak kata kami ni sentiasa ada 10. K, kelings. Lagi 2 bulan, 3 minggu dan 3 hari cukup 3 tahun. InsyaAllah tahun depan sekolah sama ... kot. Kelas pon sama, insyaAllah. Hmm, rasa takdak semangat nak sekolah tahun depan. SPM rasa dekat yang amat. Sedihnya. Hai KBAT / HOTS.

Hai 2015.

$
0
0

Assalamualaikum.

Still sempat lagi kan nak wish new year? Tahun 2014 ialah tahun yang paling banyak saya mengeluarkan air mata. Tahun ni mengajar saya erti kesabaran, kesyukuran, kekuatan, persahabatan, ujian dan sebagainya. When I feel like I'm a lonely cute girl, but then I realized, I've Allah, my family, my seniors and of course my BFFUID. I feel like, Ya Allah, terima kasih sebab hantar orang2 yang always be with me, when I feel very down, disappointed, tak yakin dengan diri sendiri, sedih yang amat, gembira, excited and whatever. Stay with me. And love me. Hahaha. Okay. 


Hai 2015. Hai form 4. Hai SPM. Hai KBAT. Hai emm, semua. 

Rindu (Part 1)

$
0
0
Assalamualaikum.

Like seriously, rindu yang amat dekat kelas 3 Elit. Kelas yang paling sporting. Lelaki perempuan sama ja --" Suka membatakkan diri. Suka buat hingaq. Suka nyanyi dalam kelas. Suka buu kat orang. And I still remember, ada sorang budak laki dalam kelas, he is new student. Dia pendiam. Then dalam bulan 4 macam tu, dia tak datang sekolah sampai sekarang. Nama dia Zairi. Kalau cikgu2 tanya pasal dia, kami satu kelas jawab benda sama, 'Zairi tu sapa cikgu?'. Then gelak. Pfftt ._. Kami ada buat origami baju dan tulis nama then gantung. Nama Zairi sorang ja kena sarang labah2. Apakah petanda itu? HAHAHA. 

Lepastu kita ponteng kelas sama2 lepas ujian mendengar. Waktu tu sejarah. Kita pi library. Teruknya lahaiii. Then cikgu  Rosmizi kata, 'Besalah, nak dekat exam ni macam2 jadi.' Terima kasih cikgu sebab tak marah. Hahaha. Then ada time sejarah, kita nampak cikgu nak naik kelas *kelas dapat tengok blok bawah, bilik guru* then Daniel bagitau satu kelas, kita ambek buku, buat2 baca. Pastu cikgu cakap, 'Saya silap kelas ka ni?' Hahaha. 

Lepastu time semua form 3 busy dengan kerja khusus Sejarah dengan Geografi, time sejarah, Isfa nak keluar fotostet tapi takdak pas, cikgu Rosmizi kata, 'Pi ja, kalau jumpak cikgu Lan bukannya dia buat apa, rotan ja.' Then Isfa dengan Hani keluar lah. Tiba2, Hani masuk sorang sambil buat muka cemas, semua tanya Isfa mana? Tiba2 nampak Isfa lalu sambil nangis. Dia kata kasut dia kena ambek dengan cikgu Lan. Muka cikgu Rosmizi cuak. Rupanya Isfa bohong --" Biadap. Maaf cikgu Rosmizi sebab selalu kena dengan kami.

Cikgu Rosmizi suka luku kepala. Tapi best. HAHAHA. Tak dapat jawab dengan cepat mesti kena. Sama ada luku atau rotan. Tapi selalu baris saya tak kena sangat. Sebab baris saya semua perempuan. Jadi kalau ada setengah perempuan kat barisan tengah, mesti kena. Kalau nak selamat, duduklah baris yang semua perempuan.

Alaa, takdak gambar dengan cikgu Rosmizi. Hmm, takpa, nanti tangkap gambar sesama eh cikgu? Okay, takdak kaitan pon gambar ni sebenarnya --" Tapi dah rindu. HAHAHA.


Habis cerita pasal cikgu Rosmizi. Lepas ni pasal cikgu lain pulak .__.

Rindu (Part 2)

$
0
0
Assalamualaikum.

Ustazah Nik pulak ialah ustazah yang paling sporting gila. Ustazah Nik bagi saya, dia suka bagi quotes tersendiri, dia akan bagi quotes yang ada kaitan dengan  apa yang ajar. Example, sebelum exam PT3, kami buat ulang kaji apa semua, then ustazah cakap, 'Bayangkan ulang kaji ini seperti kita buat ibadat. Kita baca yasin dekat masjid sebab dah nazak. Lepastu kita masuk dewan umpama masuk alam barzakh. Apa yang kita ulang kaji tu, amalan kita. Soalan PT3 itulah soalan kubur.' See? Ada banyak lagi, tapi malas nak tulis actually --" 

Ustazah kata, 'Kita zikir pon boleh buat lagu Korea, gangnam style *zikir sambil menari gangnam*, boleh buat lagu hindustan *zikir sambil buat lagu hindustan*' Macam2 ustazah buat. Ustazah ni suka buat lawak. Lawak dia memang lawak. Even sometimes kata2 dia menusuk ke peparu, tapi tak pernah pon nak benci dia. Dia kata, kalau terasa, tu maksud dia, hati kita masih hidup.

Ustazah layan ja perangai kami. Haa! Waktu saya nak tutup pintu kelas, saya tutup pintu depan ja, pintu belakang tak tutup, then Wawa cakap, 'Hang, pintu depan tutup, belakang dak.' Pastu ustazah gelak then kata, 'Umpama pakai tudung tak pakai kain.' Ustazah, ajar lah kelas saya tahun ni. Jangan ajar kelas teknologi. Hmm. Nanak ustazah ajar jugak.

Ustazah taknak tangkap gambar ritu.


Ada lagi lepas ni. HAHAHA.

Rindu (Part 3)

$
0
0
Assalamualaikum.

Lepas ni sapa pulak eh? Haa! Cikgu Jamaludin, cikgu Sharifah, cikgu Anis dengan cikgu Mazlan. Cikgu Jamaludin suka buat kuiz untuk kami. Buat pertandingan. Kami buat pertandingan macam2, dua orang pi kat depan, then cikgu bagi situasi kami kena tanya soalan kat orang depan kita, orang depan tu sama ada kena jawab atau tanya soalan. Isfa menang duh. Macam mana dia boleh tahan tah. Lepastu dapat duit. Cikgu Jamaludin kalau dia masuk first dia akan buat, check sampah. Sapa yang tugas. Haritu pernah sekali saya tak tugas, kena sapu sampah dengan orang yang buang sampah. Baru nak duduk, cikgu suruh semua kena bangun sebab nak tanya soalan --" Cikgu, gambar saya dengan cikgu ritu takdak --" Time nak update blog hilang.

Cikgu Sharifah dengan cikgu Mazlan, ajar math. Kami suka cikgu Sharifah sebab suara dia. Comel ja. Hahaha. Cikgu Mazlan? Dia ajar kejap ja, sebab dia busy kot, lepastu suruh cikgu Sharifah ganti. Cikgu Anis pulak, kami suka perfume dia. Kalau dia dalam kelas, kami dok dekat tangga, mesti kami tau dah tu cikgu Anis, sebab perfume dia. Wangi gila. Hahaha. Tapi dia suka buat kerja kalot sikit. Bukan kalot nak cepat tu. Time buat kerja khusus PT3 geografi, mesti dia cepat sampai tak boleh pick up. Lepastu lempar kertas sikit. Pegang kepala dan tengok ja. Itulah saya, Zuu dan Ain. Hahaha.

Tecaher Tan *bagi set 3 cemerlang BI*. Jujur, rindu gila. Suara dia kalau dia marah Amar comel ja. Cara dia cakap melayu. Cara dia ajar. Cara dia ... suka. Haha. Dia selalu pegang tangan Ana sebab Ana tangan dia suka melebihi meja, Ana pon peluk tangan saya --"


Habes cakap pasal cikgu. Ambek cikgu fav ja. Hahaha.

Rindu (Part 4)

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah lain kelas sekarang, rindu dekat Zuu dengan Ain yang jadi jiran dalam kelas. Kalau saya dnegan Ain nak tampar Zuu, mesti Zuu dok diam lama, then dia angkat tangan, buat avatar. Semua panggil dia avatar. Tak habes2 dengan avatar dia. Yang Ain pulak suka tidor dalam kelas. Sapa yang duduk tempat dia kalau dia tak datang, mesti mengantok. Ain letak badi woii. Hahaha. 

Ain, Zuu & Min.
Hani pulak dia sepatutnya form 2, tapi dia form 3. Dalam kelas, dulu tak rapat pon dengan dia, tapi tetiba rapat tak ingat bila. Hani ni tak boleh dipisahkan dengan kasut. Kalau main bola sepak, dia nak tendang bola, mesti kasut dia yang tercabut *Hani, aku tulis ni pon tergelak* Haritu pi jog dengan dia, dia jalan, lepastu basah, dia jalan macam mana tah, kasut dia tercabut kena belakang saya. Nasib tak basah teruk --" Lepastu waktu nak balik jog, Hani tanya, 'Wey, aku ada tertinggal apa2 dak?' Then saya jawab, 'Ada, hang tertinggal hati hang kat aku.' Start dari situ, kelas 3 Elit mula jiwang. Dan Hani selalu kena dengan saya dalam wechat. Tambah2 kalau dia tukar dp. HAHAHA. Percayalah Hani, aku memain ja --"


Hai Hani :p
Then, rindu dekat Wawa dengan Pea yang suka menyanyi macam2 lagu. Nyanyi lagu tapi ubah lirik. Dan apa yang paling best, Pea mengaku yang saya comel. Maigad! Hahaha. Even depa annoying, sometimes, tapi depa, tak tau nak cakap --" Suka sangat cakap benda2 merapu. Selalu sangat rajin tolong cikgu. 'Tolong' ya. Wawa nak jadi polis, entah dapat ka dak. Hahaha, aku doakan hang dapat, sebab hang memang layak. Dan Pea, moga dapat jadi doktor pakar bedah. Hahaha. Sebab kita bffuid. Kita 3 orang ja --"

Min, Pea & Wawa. Gambar ni menipu duh --" Putih.
Rindu dekat yang lain jugak. Tambah2 Dipah. Sori Dipah sebab selalu gaduh. Selalu ejek bulat. Hahaha. Selalu lawan, selalu markah tinggi dari hang. Terima kasih sebab selalu bawak bekal, makan dalam kelas, nampak cikgu, bawak sorok. Lepastu Syazana, sori duh sebab kami selalu panggil tauge. Salah hang jugak, sapa suruh waktu ERT haritu hang cerita macam2. Hahaha. Waktu tengah jahit, Zana cerita yang dia masak tu, masak ni, lepastu Dipah, lepastu orang lain. Lepastu Zana cerita dia masak letak tauge, lepastu cikgu dengaq, cikgu panggil tauge. Hahaha.

Kalau main bola sepak, kalau tendang, tak masuk goal pon kita sorak jugak. Kita jalan pi mana2 pon hingaq, naik tangga pon hingaq, pi kantin pon hingaq, pi surau pon hingaq, pi sekolah ramai2 then beratur sebab nak bagi nampak ramai, nak lintas jalan pon hingaq, makan pon hingaq, jahit pon hingaq, crush sapa2 lalu hingaq, dok saja pon hingaq. Ya Allah, rindunya semua tuuuu. Tahun ni takdak dah hingaq tu. Tak boleh nak buat bising. Tak boleh nak main tomato dengan hampa, tak boleh nak gelak kuat2 dengan hampa, tak boleh nak jerit2 dengan hampa. Cikgu cakap takdak honeymoon dah. Hampa dok dalam kelas tekno jangan dok bahagia tanpa aku. Jangan buang group dalam wechat. Nanti waktu ada acara apa2, kita dok sama2 eh?

Kita 10 orang pon boleh jadi. Hahaha.
Lepas pj dengan depa, mesti gelak banyak sampai rasa macam baru lepas menangis. Sebab ... tau dak kalau lepas nanges macam mana --" Bukan ngantok, tapi penat macam mana tah. Susah nak describe --"

Sixteen.

$
0
0
Assalamualaikum.

Sepatutnya rindu tu ada sambungan part dia lagi tapi disebabkan dah start sekolah dan sangkaan pertama saya ialah mesti tak banyak homework. Tetapi ... sangkaan saya salah, kerja sekolah banyak --" Cikgu cakap duduk kelas sains kena banyak berkorban. Tak boleh main2. Kena fokus banyak. Kena study banyak. Kena hafal banyak. Ya dan semuanya banyak. Lagi setahun setengah lagi, sabaq sat. Seminggu sekolah ni tak pegang fon. Kalau pegang tengok jam, guna komputer kalau ada apa2. Memang jarang on ig, twitter, fb dan blog. Tapi takdak sapa baca, so who cares. Kahkahkah. Dan ni pon baru siap sejarah dan guna komputer sepuasnya. Essay bi dengan bm tengah tunggu. Lepasni busy dengan homework dan aktiviti koko.

Dan dari saya sekolah rendah sampai tahun lepas tak pernah duduk tepi tingkap. tak pernah sekelas dengan Nad, tak pernah duduk dalam kelas hanya 26 orang *tu pon ada orang nak masuk KV dan pindah kelas sebab takut tak boleh bawak subjek2 tertentu*. Dan ramai orang kata kat saya, duduk dalam kelas tu dulu, belajar dulu, kalau rasa susah memang benda tu akan jadi susah. Fikir benda tu senang dan kena study banyak. Hidup makin lama memang makin susah, mana ada makin senang. Dan ramai cikgu2 cakap, result PT3 tu tak menunjukkan masa depan cuma bagitau aliran apa yang students ambil.

So my life since start sekolah ialah macam biasa pergi sekolah. Setiap petang buat homework dan terpaksa tahan mata dari tidur. Malas nak tangguh macam tahun sebelum ni. Buat semua siap. Then malam tidur awal. Dan keesokkanya macam tu kecuali hari Khamis. Waktu petang tu free nak buat apa pon. Tapi buat jugak homework sikit. Malam hari Jumaat dengan Sabtu study sikit. Dan seterusnya berlaku seperti itu sampai ... entah bila.

Sometimes ada study group, sama ada kat sekolah atau kat rumah. And yes, tak sama kelas dengan budak elit, depa ramai dok kelas teknologi. Lepastu mulalah sesi perli memerli, 'Untunglah kelas sains.''Dia dah sombong.''Kami kelas sastera ja.'Rasa macam nak lempang ja budak macam ni. You know what, semua kelas sama ja. Depends pada diri sendiri, nak study atau tak. Sombong? Dah kelas tak sama, macam mana jumpak selalu? Setiap hari nak saya pergi kelas then cakap hai? Erghh, matured please. Okay abaikan. Budak teknologi belajar LK, jadi saya stalk semua budak LK dekat wc then what's up depa 'Budak Pizza' HAHAHA. What the ... Dan tadi chat dengan Pea, saya type punya panjang dia cuma balas emo ja, then dia cakap 'Budak LK belajar lukis, tak bina ayat.' Saya hanya mampu balas *speechless*. 

Hmm2, tu ja kot. Malas nak letak gambar sebab malas nak tunggu gambar upload punya lama. Dan mengantok. Dan ermm2, k bye. Tak baca pon tak pa. Kahkahkah.

1 tahun.

$
0
0
Assalamualaikum.

Harini hari Jumaat, 23/1/2014. Maksudnya, dah satu tahun dia 'tinggalkan' saya buat selamanya. He always be with me, selalu cerita pasal basikal fixi dia, cerita pasal novel yang dia simpan, cerita macam2. Dia selalu lebihkan saya. Dari form1 sampai sekarang, dia suruh kak Yanie, tengokkan saya dekat sekolah. Tapi sayang, saya tahu seminggu lepas dia meninggal daripada kak Wida dekat sekolah. Gila tak nanges. Orang yang paling rapat, pergi tetiba. Dah tu lambat pulak. Menangis tempat private lah.

Dia sentiasa dengan bintang dia. Sebelum tu, saya tak sempat nak chat dia, sebab saya busy yang amat. Dia selalu pesan, kalau tengok bintang, ingatkan dia. Dan dia pesan macam tu dekat Alia dan kak Wida before dia pergi. Dia pesan dekat kak Wida, dengar lagu, 'Kenangku dalam doamu.' Allah, rindu sangat dekat dia. Setiap hari malam Jumaat, selalu baca Yasin dekat dia. Dan kalau tengok bintang, Allah, teringat dia. Rindu yang amat.

Tak tau nak described macam mana. Rindu sangat. Semoga tenang dekat sana :)

4 Februari.

$
0
0
Assalamualaikum.

Bergaduh benda normal in friendship. Haritu bergaduh teruk dengan Zafirah dalam wechat waktu malam hanya disebabkan teguran. Ya. Waktu bergaduh dengan dia, menangis teruk yang amat sebab gaduh dengan Zaf. Bergaduh sampai demam. Then, saya pon macam, turunkan ego, lalu tanya dia elok2, tapi dia still macam tu maybe sebab dia pakai data, jadi lambat sampai yang saya minta maaf dekat dia. Then, pagi tu, dia hantar chat dekat saya, 'Namin, hang nak pi sekolah dengan sapa? Wawa selalu mai awai.' Bila  baca terus senyum --" You know what, sometimes, kita senyum bila baca chat, mesej or whetever, that's not mean from boyfriend etc. Sebab kita ada kawan yang funny tahap nak gila. I didn't expect that, selama 10 tahun jadi jiran dan kawan Zaf, tetiba jadi BFFUID. Sampai mak kami kenal each other dan kalau nak hangout dengan bffuid mesti tanya, ''Zaf ikut dak?'' And I was like, mestilah, Zaf tak ajak pon dia akan ikut. Ceceh, dak aihh, sebab Zaf pon bffuid. Jadi Zaf, lepas ni tak payah gaduh teruk2. Kkk.

Grateful.

$
0
0
Assalamualaikum.

Serius beruntung dapat 9 orang kawan yang perangai boleh ngam dengan kita (gila), suka selfie (beribu2 gambaq bffuid ja). If one of us tak solat, asyik bercinta, tudung singkat, sanggul tinggi, mencarut, mesti kami tegur each other. Tapi selalunya tak tegur straight, kami selalu buat ayat perli, padat dan deep sedeep deepnya. Amboihhh. Well, semua manusia mana pernah perfect, takkan tak pernah buat salah. Jadi, kami baiki semua benda tu sama2. 

Gaduh? Sentap? Perkara biasa semua tu. Even ada budak tu sesat dekat sekolah air merah, kami still contact dekat dalam group. Group meriah yang amat. Dalam setahun, ada 10 kali kot jumpak. Dan yang paling best, kalau lapar ja, suruh ja depa belanja. Sebab tu ramai 'orang luar' yang nak rampas bffuid. Sebab bffuid ni perfect af untuk dijadikan kawan. Bffuid lain sikit dari geng2 lain yang ada dekat sekolah. Maaf chikideez. Hahaha.

Selain bffuid, kami panggil group kami choki2 dan kuaci. Semua sebab Arie. Kalau melepak, kuaci wajib beli. Kalau tertumpah sikit, dia ungkit duit dia. Hahaha. Haritu dalam group cakap pasai gst :3



#KemIMS

$
0
0
Assalamualaikum.

14/1/2015 ada kem solat (IMS) untuk form 4 & form 5. Malas nak cerita pasal kem tu tapi seronok lah. Serius2. K, the truth is, malas nak cerita --" Fizik tak siap lagi. Jadi letak gambar ja. Ouh ya, ni semua gambar bffuid dan adalah segelintir manusia yang suka sangat masuk kan --" (Namie and the geng) --" Fina tak dak, rasa macam tak perfect sebab tak cukup 10. Emm2. Takpa, birthday bffuid (23/3/2015) kita tangkap banyak2 --"
Viewing all 130 articles
Browse latest View live