Assalamualaikum.
"KPM mengatakan bahawa tahun ini tidak ada gagal dalam result PT3."
*Semua tepuk tangan dengan bersemangat sambil nak menangis*
"Cuma kita panggil belum mencapai tahap minimum."
*Diam.*
"Dan tahun depan 100% KBAT."
*Mengeluh*
Ya, itulah pengetua. Alhamdulillah walaupun result tak cantik. At least dah try. Hmm. Gred PT3 meningkat secara mendadak. Kalau ikut gred PMR, dapat 5A. Takdir. Saya takdak lah nangis pon. Sebab orang kata better nangis kat rumah dari sekolah. Nvm, lepas dapat result terus call mak. Macam2 ayat reka, bila dah dapat ayat okay sikit, terus call. Cubaan pertama mak tak angkat. K, try lagi. Bila mak dah angkat, terus gagap nak cakap --" Dan cakap ayat lain. Sebelum call kemain panjang lagi ayat.
Muka orang taknak nangis nuhh. |
Then call Shahrizal Ikhsan. Dan dia pon mula menenangkan saya.
"Dah cuba dah kan. Tau PT3 susah. Cikgu pon cakap. Cuba bayangkan orang lain yang takdak A langsung, F ja yang banyak. Bersyukur dapat macam tu. Dah cuba sedaya upaya dah kan. Namin boleh. Dah tak mau sedih."
Budak pandai cakap memang macam tu. Tunggu result SPM dia pulak nanti. Haha. Lepastu sampai rumah baru nangis sepuas hati. Gha kata,"Kalau nangis sambil peluk bantal, jerit kuat2 lagi best." K. Ermm, semalam wifi tak jadi sehari suntuk. Then harini bukak wechat, ramai orang tanya. Lemah aihhh.
#BFFUID #AlwaysOT10 |
Okay, ada 6 orang ja. Gha kena balik awal sebab nak pergi Kelantan. Arie dia pon balik awal. Ana duduk Putrajaya. Dan Fina pulak sekolah lain. Memang masin betul mulut hampa semua sebab tak bagi pindah --" Takpa, duduk ja kelas mana pon janji belajar macam cg Azaliza cakap. Rezeki Allah luas dan bukan untuk budak2 pandai ja. Allah dah aturkan semuanya dalam hidup kita. So, just believe that's something wonderful is about to happen. Trust Allah.