Assalamualaikum.
Ingat lagi pasai Nathirah? Dia dah sedaq, alhamdulillah. Cuma dia lumpuh belah kiri dan hilang ingatan. Dia tak boleh cakap apa2. Sad life U_U
22/2/2014 (Sabtu)
Kami pi melawat dia. Dalam kereta hamba dah fikir "Macam mana kalau dia tak ingat?" Bila dah sampai rumah dia, belom masuk rumah lagi hamba dah nanges tengok condition dia macam tu. Then, Farah peluk hamba dan menenangkan hamba. Sapa yang tak sedih kalau kawan yang kita rapat sakit, makan guna tiub, botak, lumpuh dan sebagainya. Then, air mata hamba kembali reda. Bila tukaq tempat duduk dengan Nad, disebabkan mereka menyuruh hamba sembang dengan Nathirah sebab hamba paling rapat dengan dia. Bila duduk depan dia, air mata hamba turun lagi sekali. Dia kalau nak ingat someone, dia akan tengok mata kita tajam2, part tu paling takot. Then I asked her "Ingat aku dak?" Then dia tengok mata hamba dan angguk perlahan2. Alhamdulillah. Hari tu tak cakap banyak sangat sebab tak terkeluaq suara sebab nanges teresak2.
Lepas lawat dia, kami pi rumah Kak Meera, penolong ketua pelajar.Dia kata waktu melawat Nathirah jangan nanges depan dia, nanti Nathirah rasa bersalah. Then lepak dengan Kak Meera.
23/2/2014 (Ahad)
Petang tu kami melawat lagi, yang ni kami tak nanges sebab nak cakap banyak dengan dia. Kalau first time tengok dia memang nanges terok sebab tak expect benda ni jadi macam ni. Then bila sampai rumah dia, kami sembang macam2, kami buat lawak. Alhamdulillah dia gelak. Benda tu buat kami seronok. Kami sembang macam2 dengan dia. Hamba cerita pasai kami dulu2, dia suruh hamba pegang tangan dia, then dia tarik baju hamba sebab suruh hamba peluk dia. Hamba baru nak peluk, kakak dia datang bagi minum susu. Bila dah habes minum, kami sambung sembang macam biasa. Dia ngantok sebab baru minum. Kami semua tak mau kacau dia tidoq, kami balik. Tapi before balik, kami buat origami baju, tulis nama kami then letak sebelah bantal dia.
we miss you U_U |
24/2/2014 (Isnin)
Sepatutnya ada perhimpunan, tapi ganti dengan nilam. Tiba2 pagi tu ada announcement tentang Nathirah. Ada pengawas akan masuk kelas demi kelas mintak sumbangan untuk Nathirah. Waktu tu air mata hamba nak keluaq dah. Cepat touching sungguh lah. Bila dah habes subjek Sains, Cikgu Juhaida panggil hamba dan tanya "Awat Eleena tak cerita pasai Nathirah?" Hamba terkejut, semua cikgu dah tahu kecuali Cikgu Juhaida. Weird. Tahun lepas kami rapat dengan semua cikgu sebab hamba penolong. See Nathirah, ramai orang risau kat hang. Hamba dan dia selalu main surat, hamba cerita semua masalah hamba dekat dia. Then semua surat tu dia tulis "InsyaAllah, aku akan protect hang. Tapi takkan aku nak protect hang sampai bila2, aku takot kita tak boleh sama2" Ayaq mata hamba turun lagi. Ya Allah, selamatkanlah Nathirah :')